Laksa Perak


posted by freeda on ,

No comments







     Apabila nampak laksa, teringat teman meniaga ketika kecil (sekolah rendah ) dulu...hampir 10 tahun juga teman adik beradik membantu mak meniaga...balik sekolah belum sempat makan tengahari ,terus capai barang2 meniaga untuk bawa ke tapak meniaga...selepas mengemas, membuat bara api guna kayu arang untuk memanaskan kuah laksa ..kadang-kadang sampai berair mata ini terkena asap kayu arang tu...ehmm...sungguh seronok masa tu...rindu rasanya...teman & adik selalu berkelahi kerana masing-masing berkira membuat kerja,al maklum le kami berdua lapar...lepas habis semua diselesaikan kini tibalah masanya untuk teman & adik makan...tp tak sempat nak balik rumah makan nasi,maka makanan yg diniagakan lah kami makan...laksa...ummmph... laksa mak memang superb...lepas tu masing2 nak mengadu pada mak yang kami curi2 makan laksa...apabila mak tau,mak marah sikit2 aje...sebab dia tahu anak2nya belum makan lagi sejak balik dari sekolah...kadang2 tak sempat nak telan, pelanggan2 pula dah menyerbu...sampai sejuk laksa tu menunggu kami...apabila pelanggan dah tiada , baru kami sambung makan....pergh...syurga 

resepi laksa
bahan-bahan:
 1 bungkus mee laksa ( rebuskan sampai lembut dan toskan )
timun dihiris ,sayur salad dihiris,bawang besar dihiris ,telur direbus ,cili merah(besar) dihiris
secekak daun kesom
2 bunga kantan
limau kasturi

bahan kuah:
1 kg ikan termenung/ikan mata besar/ikan sardin/ 1 tin sardin besar ( ikut citarasa sendiri )
1 biji bwg besar
1 inci belacan
8 hiris  asam keping
10 cili kering sederhana pedas ( nak tambah cili padi pun boleh )

Cara membuat:
1. Ikan direbus dahulu sampai tulang nya lembut. 
2. Kemudian sejukkan dan dikisar, buang tulangnya.
3. Angkat dan masukkan dalam periuk.
4. Kisar bawang besar ,cili kering dan belacan,kmdn masukkan dlm periuk berisi isi ikan tadi
5. Didihkan kuah dengan campurkan bunga kantan,asam keping dan daun kesom. Biarkan sampai mendidih agak lama dengan api yang kecil.
6. Apabila sudah masak elok ,hidangkan laksa dengan hiaskan timun,salad, bwg besar ,limau kasturi dan telur dibelah 2....



-resepi dari mak -



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...