Archive for August 2011

Telur Masak Kicap Rempah Ketumbar


posted by freeda on

No comments



Assalamualaikum w.b.t....Baru-baru ini teman menelefon mak di kampung bertanyakan khabar...sambil-sambil berbual melepaskan rindu, mak teringat dia baru mendapatkan resepi baru dari kawannya di Ipoh...simple sahaja tetapi amat sesuai di bulan puasa ni...memang masakan ini membuka selera teman...Di tempat kerja, kawan-kawan ada yang bercerita ketika berbuka puasa tak berselera hendak menjamah makanan, kalau makan pun, hanya mengambil kuantiti sedikit sahaja...Resepi ini mungkin membantu kawan-kawan sekalian...cuba ye!!


Bahan-bahan:
4 biji telur ayam ( boleh juga digantikan dengan ayam/sotong/udang)
1 camca teh biji rempah ketumbar
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh lada hitam
2 inci halia muda
2 biji bawang kecik
2 biji bawang putih
1 cawan air
minyak masak
kicap manis secukupnya
kicap masin secukupnya
2 biji cabai merah
1 sudu besar cili sos
1 biji bawang besar

Cara membuatnya: 
1. Bawang kecil, bawang putih dan sebahagian halia ditumbuk halus, kemudian ditumis sampai garing.
2. Kemudian masukkan jintan, lada hitam dan ketumbar yang ditumbuk halus. Biarkan sampai naik bau.
3. Masukkan cili sos , kicap masin dan kicap manis. Kacau.
4. Letak air ,didihkan. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan hancurkan telur tersebut. Kacau perlahan. Biar sampai masak.
5. Kemudian masukkan cabai besar yang di belah 2,sebahagian halia dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Didihkan.
6. Angkat dan hiaskan.


Simple Ayam Masak Merah


posted by freeda on

No comments

Assalamualaikum w.b.t...Sedar tak sedar sudah 11 Ramadhan hari ini ye...pantasnya masa berlalu meninggalkan kita...Masih tidak terlambat lagi untuk menambah amal kita,untuk meningkatkan iman kita...sentiasa perbaharui "nawaitu" kita, untuk apa kita bersusah payah menahan diri selama sebulan ini...adakah hanya semata-mata atas dasar untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke 4, habis sebulan,beraya sakan?...masih ada masa untuk bermuhasabah...Diharap di bulan mulia ini dapat kita bersama-sama memperbaiki amalan kita....semoga amalan kita semua diterima Allah s.w.t...Amin.

Rasanya sudah lama teman tak 'meng upload kan' gambar dan resepi di blog teman nih...gambar masakan telah banyak diambil untuk ruangan ini tetapi belum ada masa yang sesuai untuk bersenang-senang di sini...  :-)
Sepanjang Ramadhan ini, teman dan orang rumah berkenan dengan makanan yang agak simple   dan masam...Dibawah teman upload kan gambar Ayam Masak Merah yang sememangnya mudah dibuat...


















Bahan-bahan: 
1/2 ekor Ayam ( digoreng separuh masak)
1 inci halia  ( dihiris )
1 biji bawang besar ( dipotong bulat)
2 biji bawang kecil ( dihiris)
2 biji bawang putih ( dihiris)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
kacang peas ( tin)
air secukupnya
garam
minyak masak

Bahan A:
2/ 3 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih

Bahan B:
1 biji bawang besar
1 inci halia
6 biji cili kering
2 biji buah keras

Cara membuatnya: 
1. Tumis bahan A sampai naik bau.
2. Kemudian, masukkan halia ,bawang putih dan bawang kecil yang dihiris. Tumis sampai kuning.
3. Masukkan bahan B yang sudah siap dikisar halus. Tumis sampai naik minyak.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Masukkan sedikit air, sos, bawang besar yang dipotong bulat dan kacang peas.
4. Angkat setelah bawang sudah layu.
5. Hiaskan

Agar-agar Pelangi berkastard


posted by freeda on

No comments


Bahan-bahan:
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara Membuatnya:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung kastard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.Kmdn tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk).Kmdn, masukkan koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 boleh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa-apa utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang sampai semua adunan habis.
  7. Bila sudah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras boleh makan.

-SELAMAT MENCUBA-


Cek Mek Molek


posted by freeda

No comments


Assalammualaikum w.b.t...1Ramadhan 1432 ,Cek Mek Molek menjadi pilihan awal untuk dijamah bagi membatalkan puasa selepas makan buah kurma...Kalau tidak silap, sudah hampir 3-4 tahun teman dan orang rumah tak makan kueh ini...Kalau dahulu ada jiran sebelah ,Kak Na dari Pantai Timur Semenanjung selalu memberi untuk juadah berbuka ( kami bertukar-tukar juadah), tapi sekarang kalau teringin makan kenalah buat sendiri, apatah lagi apabila duduk jauh merantau ni...Selama ini tidak teringin mau membuatnya kerana terfikir mesti susah...rupa-rupanya amat mudah dibuat resepi ni...Alhamdulillah selepas ini kalau teringin boleh lah buat lagi...  :-)

Gambar 1: Ubi keledek yang direbus & dilenyek dibuat bentuk bujur seperti di dalam gambar.

Gambar 2: Cek Mek Molek (CMM) yang sudah digoreng...terlihat sedikit gula yang keluar dari CMM.

Gambar 3: Ditengah-tengah CMM ada gula putih yang sudah cair

Bahan-bahan ( untuk 2 orang ):
4 biji ubi keledek ( anggaran besar ubi -separuh botol air mineral 500 ml)
1 cawan tepung gandum ( kalau ubi+tepung masih lekat ditangan, tambah tepung lagi)
gula putih secukupnya

Cara membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sampai lembut. Kemudian angkat.
2. Lenyekkan ubi sampai hancur ketika panas, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
3. Setelah digaul sebati, adunan dibahagi-bahagikan bentuk bulat kecil, kemudian lenyekkan untuk dimasukkan gula putih ( anggaran 1/2 sudu besar),kalau manis,kurangkan.
4. Kemudian tutupkan belahan gula tadi dan buat bentuk bujur macam dalam gambar 2.
5. Akhir sekali ,gorengkan CMM dalam minyak yang panas. 


* Sumber: Dari internet
-SELAMAT MENCUBA-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...