Telur Masak Kicap Rempah Ketumbar


posted by freeda on

No comments



Assalamualaikum w.b.t....Baru-baru ini teman menelefon mak di kampung bertanyakan khabar...sambil-sambil berbual melepaskan rindu, mak teringat dia baru mendapatkan resepi baru dari kawannya di Ipoh...simple sahaja tetapi amat sesuai di bulan puasa ni...memang masakan ini membuka selera teman...Di tempat kerja, kawan-kawan ada yang bercerita ketika berbuka puasa tak berselera hendak menjamah makanan, kalau makan pun, hanya mengambil kuantiti sedikit sahaja...Resepi ini mungkin membantu kawan-kawan sekalian...cuba ye!!


Bahan-bahan:
4 biji telur ayam ( boleh juga digantikan dengan ayam/sotong/udang)
1 camca teh biji rempah ketumbar
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh lada hitam
2 inci halia muda
2 biji bawang kecik
2 biji bawang putih
1 cawan air
minyak masak
kicap manis secukupnya
kicap masin secukupnya
2 biji cabai merah
1 sudu besar cili sos
1 biji bawang besar

Cara membuatnya: 
1. Bawang kecil, bawang putih dan sebahagian halia ditumbuk halus, kemudian ditumis sampai garing.
2. Kemudian masukkan jintan, lada hitam dan ketumbar yang ditumbuk halus. Biarkan sampai naik bau.
3. Masukkan cili sos , kicap masin dan kicap manis. Kacau.
4. Letak air ,didihkan. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan hancurkan telur tersebut. Kacau perlahan. Biar sampai masak.
5. Kemudian masukkan cabai besar yang di belah 2,sebahagian halia dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Didihkan.
6. Angkat dan hiaskan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...