Salam Aidilfitri buat semua....


posted by freeda

No comments

    Assalammualaikum w.b.t...rindunya nak kembali ke ruangan ini...akhirnya ada jua masa di sini...rasa-rasanya masih belum terlambat teman untuk mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat...
     Kelmarin teman lepaskan rindu kat mixer dan oven teman yang sudah lama tak disentuh...jadi lihatlah hasilnya di bawah....oh my love,my darling...oh my cakes...

gambar 1: Japanese Souffle Cheese Cake sedang dibakar


gambar 2: Kek yang sudah dihiaskan..buat 1 adunan saja,nampak kecil, seperti biasa penuh lagi hiasan krim teman buat..almaklum le sudah lama tak pegang krim...weeeee



gambar 3: Red Velvet Cake yang banyak diubahsuai antaranya menggunakan tepung Hong Kong serta warna 



gambar 4: Kek yang sudah dihiaskan dengan campuran Cheese Frosting, Butter Cream dan Ready Made Whipping cream...kelihatan bertompok-tompok bewarna krim dan putih hasil gabungan tu...di hiaskan begitu kerana semua krimnya tinggal saki-baki yang buat hari tu je...hehehe...mm jadi lah...

Telur Masak Kicap Rempah Ketumbar


posted by freeda on

No comments



Assalamualaikum w.b.t....Baru-baru ini teman menelefon mak di kampung bertanyakan khabar...sambil-sambil berbual melepaskan rindu, mak teringat dia baru mendapatkan resepi baru dari kawannya di Ipoh...simple sahaja tetapi amat sesuai di bulan puasa ni...memang masakan ini membuka selera teman...Di tempat kerja, kawan-kawan ada yang bercerita ketika berbuka puasa tak berselera hendak menjamah makanan, kalau makan pun, hanya mengambil kuantiti sedikit sahaja...Resepi ini mungkin membantu kawan-kawan sekalian...cuba ye!!


Bahan-bahan:
4 biji telur ayam ( boleh juga digantikan dengan ayam/sotong/udang)
1 camca teh biji rempah ketumbar
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh lada hitam
2 inci halia muda
2 biji bawang kecik
2 biji bawang putih
1 cawan air
minyak masak
kicap manis secukupnya
kicap masin secukupnya
2 biji cabai merah
1 sudu besar cili sos
1 biji bawang besar

Cara membuatnya: 
1. Bawang kecil, bawang putih dan sebahagian halia ditumbuk halus, kemudian ditumis sampai garing.
2. Kemudian masukkan jintan, lada hitam dan ketumbar yang ditumbuk halus. Biarkan sampai naik bau.
3. Masukkan cili sos , kicap masin dan kicap manis. Kacau.
4. Letak air ,didihkan. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan hancurkan telur tersebut. Kacau perlahan. Biar sampai masak.
5. Kemudian masukkan cabai besar yang di belah 2,sebahagian halia dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Didihkan.
6. Angkat dan hiaskan.


Simple Ayam Masak Merah


posted by freeda on

No comments

Assalamualaikum w.b.t...Sedar tak sedar sudah 11 Ramadhan hari ini ye...pantasnya masa berlalu meninggalkan kita...Masih tidak terlambat lagi untuk menambah amal kita,untuk meningkatkan iman kita...sentiasa perbaharui "nawaitu" kita, untuk apa kita bersusah payah menahan diri selama sebulan ini...adakah hanya semata-mata atas dasar untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke 4, habis sebulan,beraya sakan?...masih ada masa untuk bermuhasabah...Diharap di bulan mulia ini dapat kita bersama-sama memperbaiki amalan kita....semoga amalan kita semua diterima Allah s.w.t...Amin.

Rasanya sudah lama teman tak 'meng upload kan' gambar dan resepi di blog teman nih...gambar masakan telah banyak diambil untuk ruangan ini tetapi belum ada masa yang sesuai untuk bersenang-senang di sini...  :-)
Sepanjang Ramadhan ini, teman dan orang rumah berkenan dengan makanan yang agak simple   dan masam...Dibawah teman upload kan gambar Ayam Masak Merah yang sememangnya mudah dibuat...


















Bahan-bahan: 
1/2 ekor Ayam ( digoreng separuh masak)
1 inci halia  ( dihiris )
1 biji bawang besar ( dipotong bulat)
2 biji bawang kecil ( dihiris)
2 biji bawang putih ( dihiris)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
kacang peas ( tin)
air secukupnya
garam
minyak masak

Bahan A:
2/ 3 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih

Bahan B:
1 biji bawang besar
1 inci halia
6 biji cili kering
2 biji buah keras

Cara membuatnya: 
1. Tumis bahan A sampai naik bau.
2. Kemudian, masukkan halia ,bawang putih dan bawang kecil yang dihiris. Tumis sampai kuning.
3. Masukkan bahan B yang sudah siap dikisar halus. Tumis sampai naik minyak.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Masukkan sedikit air, sos, bawang besar yang dipotong bulat dan kacang peas.
4. Angkat setelah bawang sudah layu.
5. Hiaskan

Agar-agar Pelangi berkastard


posted by freeda on

No comments


Bahan-bahan:
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara Membuatnya:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung kastard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.Kmdn tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk).Kmdn, masukkan koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 boleh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa-apa utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan akhir skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang sampai semua adunan habis.
  7. Bila sudah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras boleh makan.

-SELAMAT MENCUBA-


Cek Mek Molek


posted by freeda

No comments


Assalammualaikum w.b.t...1Ramadhan 1432 ,Cek Mek Molek menjadi pilihan awal untuk dijamah bagi membatalkan puasa selepas makan buah kurma...Kalau tidak silap, sudah hampir 3-4 tahun teman dan orang rumah tak makan kueh ini...Kalau dahulu ada jiran sebelah ,Kak Na dari Pantai Timur Semenanjung selalu memberi untuk juadah berbuka ( kami bertukar-tukar juadah), tapi sekarang kalau teringin makan kenalah buat sendiri, apatah lagi apabila duduk jauh merantau ni...Selama ini tidak teringin mau membuatnya kerana terfikir mesti susah...rupa-rupanya amat mudah dibuat resepi ni...Alhamdulillah selepas ini kalau teringin boleh lah buat lagi...  :-)

Gambar 1: Ubi keledek yang direbus & dilenyek dibuat bentuk bujur seperti di dalam gambar.

Gambar 2: Cek Mek Molek (CMM) yang sudah digoreng...terlihat sedikit gula yang keluar dari CMM.

Gambar 3: Ditengah-tengah CMM ada gula putih yang sudah cair

Bahan-bahan ( untuk 2 orang ):
4 biji ubi keledek ( anggaran besar ubi -separuh botol air mineral 500 ml)
1 cawan tepung gandum ( kalau ubi+tepung masih lekat ditangan, tambah tepung lagi)
gula putih secukupnya

Cara membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sampai lembut. Kemudian angkat.
2. Lenyekkan ubi sampai hancur ketika panas, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
3. Setelah digaul sebati, adunan dibahagi-bahagikan bentuk bulat kecil, kemudian lenyekkan untuk dimasukkan gula putih ( anggaran 1/2 sudu besar),kalau manis,kurangkan.
4. Kemudian tutupkan belahan gula tadi dan buat bentuk bujur macam dalam gambar 2.
5. Akhir sekali ,gorengkan CMM dalam minyak yang panas. 


* Sumber: Dari internet
-SELAMAT MENCUBA-




Cokodok Pisang


posted by freeda on

No comments




Assalamualaikum w.b.t....Ahad lepas ada orang sini bagi Pisang Sabah, oleh kerana pisang tu sudah masak kekuningan, terus terpikir buat cokodok ini   :)...sebelum ni bancuhan cokodok bertukar menjadi kek pisang kerana dik malas mahu menggoreng, kali ini tidak boleh mengelak lg kerana orang rumah teringin beno kerana lama tak makan...hu hu...Walaupun makanan ni ringkas dan senang nak dibuat,di bawah ini teman sertakan resepi nya juga ye...  :)

Bahan-bahan: ( untuk 2 orang )
6 biji pisang berangan/pisang Sabah
3 sudu besar gula ( kalau suka manis,tambah lagi ye)
secubit garam
1 cwn tepung gandum ( kalau suka keras ,tambah lagi)
minyak masak

Cara Membuat:
1. Lenyek pisang sampai hancur, kemudian tambah gula dan garam
2. Akhir sekali,masukkan tepung.
3. Cuba bulatkan adunan menggunakan jari anda untuk memastikan adunan tidak terlalu lembut atau keras, jika tidak boleh dibulatkan, bermakna adunan terlalu cair, jadi tambahkan tepung dan begitulah jika di sebaliknya.
4. Gorengkan cokodok dengan menggunakan minyak yang banyak. 

*Tips:  minyak yang banyak/hapus paras cokodok yang digoreng boleh membantu membulatkan cokodok.





Kueh Limas


posted by freeda on

6 comments




Assalamualaikum w.b.t...Semalam teman buat kudap lama untuk makan pagi...Kueh Limas ni kueh tradisi kampung teman...Kueh ni selalu disamakan dengan tepung pelita dan kueh tako...tapi apabila teman survey,rupanya macam sama tapi rasanya/ resepinya berbeza...di bawah ni teman masukkan resepi kueh limas ni. 

Daun pisang dilayarkan atas api sehingga bertukar warna/layu,kemudian buat bentuk macam di dalam gambar.

Bahan-bahan untuk 15 biji temalong:
( 1 ) Bahan lapisan atas : 
1 cwn santan pekat
1 sudu tepung gandum
garam secukup rasa

( 2 ) Bahan lapisan bawah:
2 cwn santan cair
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung pulut
3 helai jus daun pandan

( 3 ) gula

Cara Membuat:
1. Bancuh lapisan atas dan bawah ke dalam mangkuk yang berbeza.
2. Panaskan kukus masukkan gula dalam temalong, tutup periuk kukus. Biarkan 3 minit.
3. Buka penutup,masukkan lapisan bawah dan biarkan masak 10 minit ,biarkan beku sedikit.
4. Kmdn masukkan lapisan atas dan biarkan 5 minit pula...( agak2 sudah masak )
5. Angkat dan biarkan sejuk ,kemudian hidangkan.

* temalong- daun pisang yang dibentuk bakul limas

-resepi dari mak -








Biskut Y


posted by freeda on

No comments

Biskut kegemaran teman dari bebudak lagi...Apabila menjelang je Ramadhan teringat biskut ni...lagipun senang je nak buat nya....bahan pun tak banyak


Y is the sky blue?...Y should we choose you?...Y should i buy ipad 2?...Y i love you?...Y ...Y..Y...
just see...  :)



Bahan-bahan:

5 cwn tepung gandum 
1 sd teh esen vanilla
1 cwn gula
mentega secukupnya ( jangan terlebih )

Cara Membuat:
1. Campur tepung gandum, esen vanilla dan gula....gaul sebati
2. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam acuan Y.
4. Bakar selama 10 minit.



Ayam masak lemak cili padi


posted by freeda on

No comments


5 ketul ayam ( dipotong besar mcm ayam masak merah )
1 batang serai ( diketuk)

1/2 cawan santan 
2 biji tomato ( dibelah 2)
1 helai daun kunyit ( disiat )
    bahan-bahan yang dikisar:
    2 inci halia
    1 biji bawang besar
    1 inci kunyit hidup
    1 biji bwg putih
    10 biji cili padi

    garam secukup rasa
    minyak secukupnya

    1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
    3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
    4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

    Kek Pisang


    posted by freeda on

    No comments

    Asalnya teman nak buat cokodok,apabila dimasukkan gula,garam dan tepung ,jadi banyak pula adunan ni, tiba2 ada perasaan malaih nak berdiri lama depan api, maka kek pisang lah yang ditakdirkan pada hari itu...rasanya bulan jun dulu teman buat kek ni...(dah lama beno yek)


    Teman guna bahan2 yang ada di rumah aje...tak pernah buat kek pisang ni...jadi teman hentam jelah...niat teman ,kalau jadi,hubby bawak ke sekolah makan bersama kawan2,kalau tak jadi teman hantarkan ke Cik Tong Sampah...ate apabila teman nampak minyak jagung teman tuangkan je dari botol tu, nampak pula s.bikarbonat teman campakkan, nampak pula baking powder teman bubuh lagi,nampak pula telur teman campak juga,nampak apa pula lagi...haa teman pun dah lupa...rupanya nak menjadi juga kek ni...mungkin sebab niat teman tadi agaknye,terus tak jadi habuan Cik Tong S....  :)


    Alahai cokodok ku telah menjadi kek pisang....


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...