Cek Mek Molek


posted by freeda

No comments


Assalammualaikum w.b.t...1Ramadhan 1432 ,Cek Mek Molek menjadi pilihan awal untuk dijamah bagi membatalkan puasa selepas makan buah kurma...Kalau tidak silap, sudah hampir 3-4 tahun teman dan orang rumah tak makan kueh ini...Kalau dahulu ada jiran sebelah ,Kak Na dari Pantai Timur Semenanjung selalu memberi untuk juadah berbuka ( kami bertukar-tukar juadah), tapi sekarang kalau teringin makan kenalah buat sendiri, apatah lagi apabila duduk jauh merantau ni...Selama ini tidak teringin mau membuatnya kerana terfikir mesti susah...rupa-rupanya amat mudah dibuat resepi ni...Alhamdulillah selepas ini kalau teringin boleh lah buat lagi...  :-)

Gambar 1: Ubi keledek yang direbus & dilenyek dibuat bentuk bujur seperti di dalam gambar.

Gambar 2: Cek Mek Molek (CMM) yang sudah digoreng...terlihat sedikit gula yang keluar dari CMM.

Gambar 3: Ditengah-tengah CMM ada gula putih yang sudah cair

Bahan-bahan ( untuk 2 orang ):
4 biji ubi keledek ( anggaran besar ubi -separuh botol air mineral 500 ml)
1 cawan tepung gandum ( kalau ubi+tepung masih lekat ditangan, tambah tepung lagi)
gula putih secukupnya

Cara membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sampai lembut. Kemudian angkat.
2. Lenyekkan ubi sampai hancur ketika panas, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
3. Setelah digaul sebati, adunan dibahagi-bahagikan bentuk bulat kecil, kemudian lenyekkan untuk dimasukkan gula putih ( anggaran 1/2 sudu besar),kalau manis,kurangkan.
4. Kemudian tutupkan belahan gula tadi dan buat bentuk bujur macam dalam gambar 2.
5. Akhir sekali ,gorengkan CMM dalam minyak yang panas. 


* Sumber: Dari internet
-SELAMAT MENCUBA-




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...