Archive for July 2011

Cokodok Pisang


posted by freeda on

No comments




Assalamualaikum w.b.t....Ahad lepas ada orang sini bagi Pisang Sabah, oleh kerana pisang tu sudah masak kekuningan, terus terpikir buat cokodok ini   :)...sebelum ni bancuhan cokodok bertukar menjadi kek pisang kerana dik malas mahu menggoreng, kali ini tidak boleh mengelak lg kerana orang rumah teringin beno kerana lama tak makan...hu hu...Walaupun makanan ni ringkas dan senang nak dibuat,di bawah ini teman sertakan resepi nya juga ye...  :)

Bahan-bahan: ( untuk 2 orang )
6 biji pisang berangan/pisang Sabah
3 sudu besar gula ( kalau suka manis,tambah lagi ye)
secubit garam
1 cwn tepung gandum ( kalau suka keras ,tambah lagi)
minyak masak

Cara Membuat:
1. Lenyek pisang sampai hancur, kemudian tambah gula dan garam
2. Akhir sekali,masukkan tepung.
3. Cuba bulatkan adunan menggunakan jari anda untuk memastikan adunan tidak terlalu lembut atau keras, jika tidak boleh dibulatkan, bermakna adunan terlalu cair, jadi tambahkan tepung dan begitulah jika di sebaliknya.
4. Gorengkan cokodok dengan menggunakan minyak yang banyak. 

*Tips:  minyak yang banyak/hapus paras cokodok yang digoreng boleh membantu membulatkan cokodok.





Kueh Limas


posted by freeda on

6 comments




Assalamualaikum w.b.t...Semalam teman buat kudap lama untuk makan pagi...Kueh Limas ni kueh tradisi kampung teman...Kueh ni selalu disamakan dengan tepung pelita dan kueh tako...tapi apabila teman survey,rupanya macam sama tapi rasanya/ resepinya berbeza...di bawah ni teman masukkan resepi kueh limas ni. 

Daun pisang dilayarkan atas api sehingga bertukar warna/layu,kemudian buat bentuk macam di dalam gambar.

Bahan-bahan untuk 15 biji temalong:
( 1 ) Bahan lapisan atas : 
1 cwn santan pekat
1 sudu tepung gandum
garam secukup rasa

( 2 ) Bahan lapisan bawah:
2 cwn santan cair
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung pulut
3 helai jus daun pandan

( 3 ) gula

Cara Membuat:
1. Bancuh lapisan atas dan bawah ke dalam mangkuk yang berbeza.
2. Panaskan kukus masukkan gula dalam temalong, tutup periuk kukus. Biarkan 3 minit.
3. Buka penutup,masukkan lapisan bawah dan biarkan masak 10 minit ,biarkan beku sedikit.
4. Kmdn masukkan lapisan atas dan biarkan 5 minit pula...( agak2 sudah masak )
5. Angkat dan biarkan sejuk ,kemudian hidangkan.

* temalong- daun pisang yang dibentuk bakul limas

-resepi dari mak -








Biskut Y


posted by freeda on

No comments

Biskut kegemaran teman dari bebudak lagi...Apabila menjelang je Ramadhan teringat biskut ni...lagipun senang je nak buat nya....bahan pun tak banyak


Y is the sky blue?...Y should we choose you?...Y should i buy ipad 2?...Y i love you?...Y ...Y..Y...
just see...  :)



Bahan-bahan:

5 cwn tepung gandum 
1 sd teh esen vanilla
1 cwn gula
mentega secukupnya ( jangan terlebih )

Cara Membuat:
1. Campur tepung gandum, esen vanilla dan gula....gaul sebati
2. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam acuan Y.
4. Bakar selama 10 minit.



Ayam masak lemak cili padi


posted by freeda on

No comments


5 ketul ayam ( dipotong besar mcm ayam masak merah )
1 batang serai ( diketuk)

1/2 cawan santan 
2 biji tomato ( dibelah 2)
1 helai daun kunyit ( disiat )
    bahan-bahan yang dikisar:
    2 inci halia
    1 biji bawang besar
    1 inci kunyit hidup
    1 biji bwg putih
    10 biji cili padi

    garam secukup rasa
    minyak secukupnya

    1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
    3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
    4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

    Kek Pisang


    posted by freeda on

    No comments

    Asalnya teman nak buat cokodok,apabila dimasukkan gula,garam dan tepung ,jadi banyak pula adunan ni, tiba2 ada perasaan malaih nak berdiri lama depan api, maka kek pisang lah yang ditakdirkan pada hari itu...rasanya bulan jun dulu teman buat kek ni...(dah lama beno yek)


    Teman guna bahan2 yang ada di rumah aje...tak pernah buat kek pisang ni...jadi teman hentam jelah...niat teman ,kalau jadi,hubby bawak ke sekolah makan bersama kawan2,kalau tak jadi teman hantarkan ke Cik Tong Sampah...ate apabila teman nampak minyak jagung teman tuangkan je dari botol tu, nampak pula s.bikarbonat teman campakkan, nampak pula baking powder teman bubuh lagi,nampak pula telur teman campak juga,nampak apa pula lagi...haa teman pun dah lupa...rupanya nak menjadi juga kek ni...mungkin sebab niat teman tadi agaknye,terus tak jadi habuan Cik Tong S....  :)


    Alahai cokodok ku telah menjadi kek pisang....


    Laksa Perak


    posted by freeda on ,

    No comments







         Apabila nampak laksa, teringat teman meniaga ketika kecil (sekolah rendah ) dulu...hampir 10 tahun juga teman adik beradik membantu mak meniaga...balik sekolah belum sempat makan tengahari ,terus capai barang2 meniaga untuk bawa ke tapak meniaga...selepas mengemas, membuat bara api guna kayu arang untuk memanaskan kuah laksa ..kadang-kadang sampai berair mata ini terkena asap kayu arang tu...ehmm...sungguh seronok masa tu...rindu rasanya...teman & adik selalu berkelahi kerana masing-masing berkira membuat kerja,al maklum le kami berdua lapar...lepas habis semua diselesaikan kini tibalah masanya untuk teman & adik makan...tp tak sempat nak balik rumah makan nasi,maka makanan yg diniagakan lah kami makan...laksa...ummmph... laksa mak memang superb...lepas tu masing2 nak mengadu pada mak yang kami curi2 makan laksa...apabila mak tau,mak marah sikit2 aje...sebab dia tahu anak2nya belum makan lagi sejak balik dari sekolah...kadang2 tak sempat nak telan, pelanggan2 pula dah menyerbu...sampai sejuk laksa tu menunggu kami...apabila pelanggan dah tiada , baru kami sambung makan....pergh...syurga 

    resepi laksa
    bahan-bahan:
     1 bungkus mee laksa ( rebuskan sampai lembut dan toskan )
    timun dihiris ,sayur salad dihiris,bawang besar dihiris ,telur direbus ,cili merah(besar) dihiris
    secekak daun kesom
    2 bunga kantan
    limau kasturi

    bahan kuah:
    1 kg ikan termenung/ikan mata besar/ikan sardin/ 1 tin sardin besar ( ikut citarasa sendiri )
    1 biji bwg besar
    1 inci belacan
    8 hiris  asam keping
    10 cili kering sederhana pedas ( nak tambah cili padi pun boleh )

    Cara membuat:
    1. Ikan direbus dahulu sampai tulang nya lembut. 
    2. Kemudian sejukkan dan dikisar, buang tulangnya.
    3. Angkat dan masukkan dalam periuk.
    4. Kisar bawang besar ,cili kering dan belacan,kmdn masukkan dlm periuk berisi isi ikan tadi
    5. Didihkan kuah dengan campurkan bunga kantan,asam keping dan daun kesom. Biarkan sampai mendidih agak lama dengan api yang kecil.
    6. Apabila sudah masak elok ,hidangkan laksa dengan hiaskan timun,salad, bwg besar ,limau kasturi dan telur dibelah 2....



    -resepi dari mak -



    Apam Polkadot


    posted by freeda on

    No comments



    Apam n bantal sofa...

    Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

    3 biji telur-dari peti sejuk
    275 gm tepung gandum
    220 gm gula halus
    150 ml susu segar@susu cair
    3 sudu teh baking powder
    1 sudu kecil ovalette
    filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
    pewarna

    Cara Membuatnya:
    1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
    4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
    5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
    6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
    7. Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

    Bihun Goreng Lada Hitam


    posted by freeda on

    No comments


    Lada hitam....memang menyelerakan teman sekeluarga...tambahan pula ketika bulan Ramadhan nanti....

    Japanese Souffle Cheesecake


    posted by freeda on

    2 comments

    Semalam teman main krim lagi...saat nak menghias kek ni adalah part yang paling teman suka...bermain krim sehingga sampai penuh kek dibuatnye.... ....kome nengok le gambonye...betul kan?... hehe
    Kek Souffle memang lembut sangat ,tekstur nya berbuih (meringue) sebelum dibakar...maka sesudah masak pun masih lembut,kekadang perlu memotongnya dengan menggunakan pisau panas atau benang.....biarkan sejuk di luar, kemudian masuk peti ais. Resepi nya sudah ada,sila lihat di bawah...cuba ye!

    Bahan-bahannya:
    200 g cream cheese
    50 ml susu segar
    100 g gula castor
    3 biji telur (asingkan)
    30 g tepung jagung
    1/2 sudu teh cream of tartar 
    2 sudu besar lemon juice

    Cara Membuatnya:

    1. Panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18cm dengan kertas minyak.
    2. Pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
    3. Masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
    4. Pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
    5. Kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaup balikkan baki putih telur ke dalam adunan.
    6. Bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit.
    7. Bila dah masak,tutup api oven,biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk. Bila dah betul2 sejuk, bolehlah keluarkan dan hias dgn lemon cheese frosting.







    Si usop...


    posted by freeda on

    No comments

    Usop...kalau teringat nama die...terukir senyuman teman dibuatnye...kadang-kadang terasa nak gigit je die...heheh...
    Usop pelajar teman yang paling nakal dan kelakar semulajadi...nak marah pun tak jadi walaupun dia tak siapkan homework yg diberi...hari ni teman masuk kelas 40 minit awal sebab kebetulan guru B.M deme cuti dan pd masa yg sama teman pun free,jadi masuk le kelas Si Usop nih...hari ni ada lg situasi yg menggelikan hati teman...

    situasinya: Usop datang ke hadapan kelas dan bercakap dengan teman

    Usop:Teacher, sy mau besar (aksi tangan menunjukkan tanda besar )
    Teman: ape?? ...(muka konpius)
    Usop: besar...besar 
    ( die ulang lagi perkataan yg sama-aksi kali ni sungguh terdesak dan kelam kabut )
    Teman: Kamu mau cakap ape Usop? saya tak faham...cuba cakap dengan jelas.
    Usop: berrrrakkkkk
    Teman: ( terkesima dan akhirnya tersenyum)...la Usop kamu ni...nak ke tandas pun tak pandai nak jelaskan...
    Usop: Yalah...itulah itu saya mau cakap ( kmdn berlari segera ke tandas )
    Teman: Usop...Usop...





    Cheese Cake Sponge Mix


    posted by freeda on

    No comments


    Assalamualaikum w.b.t....kek lagi hari ni... :-) gambar yang di atas ni, teman buat bersama kakak teman di Kampung Gajah, Perak, gambar di bawah sekali teman buat di rumah teman ,Nabawan...boleh tahan juga rasa kek ni...cuba nanti ye!





    Kedua-dua kek ini adalah sama....jenuh juga teman n hubby nak menghabiskannya...


    Bahan-bahan A:

    63 g air
    63 g minyak jagung
    6 bj telur ( kalau gred A guna 5 biji)
    250 g sponge mix ( brand nona ) 

    Bahan-bahan B:
    1/3 cream cheese philadelphia
    3 sudu susu pekat manis

    Bahan c:
    Cheddar cheese ( parut )

    Cara membuatnya:
    1. Masukkan air, minyak, telur dan tepung sponge mix.
    2. Putar bahan-bahan tadi tanpa henti selama 20-25 minit.
    3. Setelah adunan naik dan kembang, bakar dalam suhu 160 darjah selama 40 minit. 
    4. Setelah kek masak sejukkan,kmdn kek dibelah dan disapukan dengan bahan B,lapiskan.
    5. Parut cheddar cheese di atas kek tadi,siap untuk dihidangkan...

    * selepas simpan dalam peti sejuk kmdn makan.... lagi sedap


    - Selamat Mencuba -

    tat nenas


    posted by freeda on

    2 comments


    Teringat teman kat tat nenas hari tu,terus ke Tamu ( Pasar Pagi ) membeli nenas muda....tak penah lagi teman rasa nenas muda buat tat nih...ate sehari suntuk le teman ngadunnye,menjelang petang baru le siap...ehmm..boleh tahan jg rasanye...tepung dan inti memang sesuai...tepungnye gebu dan lembut manakala intinye masam manis serta ada rasa kulit kayu manis dan bunga cengkih....resepinye ada di bawah.


    tat disapu telur kuning sebelum dibakar
    taraaa....dah siap...teman takde acu tat nih, maka teman guna tangan dan garpu je....


    Gambar di bawah gambar tat yang baru buat 3-4 hari lepas (31/07/2011)....kali ini teman sudah jumpa acuannya di Hyap Lee , Keningau dengan harga RM 8 lebih...jadi sebelum menjelang Ramadhan teman buat tat lagi.... 


    Gambar 1: Kueh tat yang belum disapu telur....




    Gambar 2: Kueh tat yang sudah disapu telur yang bersedia untuk dibakar...



    Gambar 3 & 4: Kueh tat yang sudah dimasak..



    resepinya: 


    Jem Nenas:
    3 biji nenas masak ( muda pun boleh jika suka masam)
    3 kuntum bunga cengkih 
    1 batang kulit kayu manis
    3 senduk gula putih
    1 sudu teh esen vanilla
    ( kisar nenas sampai halus,kemudian masakkan atas api bersama bahan2 lain sehingga kering dan tiada berair -untuk mengelakkan kueh tat tadi hilang rapuh)


    Bahan-bahan doh: 
    2  1/2 cawan tepung gandum
    1 sudu besar gula
    1 sudu teh esen vanilla
    2 sudu besar tepung jagung
    2  1/2 sudu tepung kastard ( jenama blue key/nona)
    2 sudu besar tepung susu
    226 g mentega
    1 biji kuning telur


    Cara Membuat doh:



    1. Pukul bersama mentega+ susu+minyak sapi+ gula hingga sebati.
    2. Masukkan telur +esen vanilla, pukul lagi.
    3. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
    4. Panaskan oven.
    5.  Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas). Anggaran 10-15 minit sehingga masak.

      -Selamat Mencuba-





    puding roti


    posted by freeda on

    1 comment

    Kali ni teman teringin pula nak buat puding roti...(nak selamatkan roti dari terbuang le nih)...ahaks!..nasib baik ada bahan2 nya....teman masak atas periuk Belva aje...semua masakan setakat ni teman guna periuk tu je...nasib baik jadi juga le masakan teman...banyak berjasa juga periuk tu,takde  rasa menyesal membelinya sebab menang memakai....hehe...ade juge berangan nak microwave,tp bior le dulu...ada rezeki InsyaAllah...
    Di bawah ni teman masukkan resepi puding roti.

    Bahan-bahannya:
    15 sudu gula
    250 g mentega ( teman guna Buttercup)
    2 biji telor
    2 kotak kecil kismis
    1 tin susu cair
    2 buku roti


    Cara membuatnya:
    1. Mentega + gula pukul sebati
    2. Masukkan telur sebiji demi sebiji...pukul lagi
    3. Masukkan 3/4 tin susu cair-pukul sebati
    4. Sementara tu, potongkan roti kecil2
    5. Kmdn curahkan adunan di atas roti,tambahkan baki susu tadi dan gaul lagi.
    6. Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega
    7. Bakar 40 minit.

    -Selamat Mencuba-

    blueberry cheese cake


    posted by freeda on

    No comments

    Assalamualaikum w.b.t...Masih ada lagi Philadelphia Cream Cheese dalam peti ais, nampaknya stok sebanyak 1 kg dah hampir habis...coklat tiramisu beli di Klia dan Blueberry Jem pun  masih ada...jadi akhirnya blueberry cheese cake menjadi pilihan di dapur hari ni....emm sepeerti biasa selepas kek diangkat dari dapur, tangan dah mula geram nak menghias lagi,tapi kali ni teman buat dengan cepat sebab tak tahan nak merasa kek ni...maka,teman lambakkan blueberry, kemudian aturkan coklat tiramisu....okeh dah siap...sekarang mau ngap saje ...


    Coklat Tiramisu jadi pilihan hiasan kali ini.....


    Basenya biskut oreo....


    Bahan A ( Base ):
    250 gram biskut oreo
    125 g mentega
    1 sudu teh coklat emulco

    Bahan B ( filling):
    250 g cream cheese
    150 g plain yogurt
    2 sudu besar jus lemon
    3 sudu besar tepung gandum
    2 biji telur
    90 g gula

    Bahan C ( Topping):
    jem blueberry
    coklat tiramisu

    Cara Membuatnya:
    1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
    2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco. Kacau rata.
    3. Tuangkan mentega bercampur coklat ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
    4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata. Sejukkan dan peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
    5. Dalam bekas yang lain mix cream cheese dan gula sampai sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Kisar lagi.
    6. Masukkan yogurt dan jus lemon. Kacau sebati.
    7. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau sebati. 
    8. Keluarkan loyang tadi dari peti ais masukkan adunan yang di  atas kemudian bakar dengan menggunakan kaedah baine marie ( double-boiler) selama 40-45 minit.
    9. Angkat dan biarkan sejuk diluar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Biarkan 3-4 jam dalam peti ais. kemudian keluarkan dari loyang dan hiaskan menggunakan bahan C.

    * sumber dari : internet
    -SELAMAT MENCUBA-

    flowers butter cream


    posted by freeda on

    No comments

    Assalamualaikum w.b.t...hari ni kita belajar buat flowers butter cream ye...teman dapat dari Jurnal Alkiram...terima kasih Jurnal...



    Bahan-bahannya:
    150 g shortening
    50 g krimwell
    200 g susu pekat manis

    Icing ini mudah cair,kalau nak buat bunga kena cepat-cepat...Bgi yang belum mahir, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong... Bunga mawar guna nozel 2106...nak buat bunga posisi tangan tu mesti betul skill pull ke atas macam kita buat huruf 'n' ( small 'n')...yang muncung u tu...ok,selamat mencuba...teman buat di tempat sejuk( aircond),supaya butter crimwell tidak mudah cair...elak membuatnya di tempat yang agak panas.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...